Sunday, 29 September 2013

Perubahan

Sungguhlah.. semester ini benar-benar menguji!!





AKU INGIN BERUBAH




ini serius dan bukan main-main!!

 
 
 
 
 

Tuesday, 27 August 2013

Pertemuan

Assalamualaikum w.b.t

leka mengedit blog baru ni yang kini berwajah baru :D

kali ni aku nak cite pasal sebuah pertemuan

erm..sebuah pertemuan..pertemuan apakah??

Cahaya Perhiasan seindah namanya,

sungguh indah pertemuan ini ye..

*betul-betul terharu, tengah usap airmata sambil tersenyum*

Doa adalah satu ibadat, sesungguhnya Allah s.w.t murka kepada sesiapa yang tidak berdoa kepadanya
Doa adalah senjata umat Islam
usai solat asar aku duduk sekejap merenung perjalanan hidup lalu aku menadah tangan memohon doa:

"YA ALLAH , berikanlah aku ketabahan dalam menghadapi hidup ini, Engkau berikanlah rezeki yang baik kepada keluargaku dan Engkau temukanlah aku dengan orang yang benar dan jauhkanlah aku dari orang yang salah" amiiin

kemudian aku lepak-lepak di tangga rumah sambil membelek-belek tiket bas yang akan aku naik pada keesokkan pagi...

" beratnya hati nak tinggal rumah..tp tak pergi nanti , rugi kelas "

sambil memandang mama yang sedang melipat kain yang bertimbun setelah sekian lama dibiarkan kerana sibuk dengan tahlil 40 hari arwah abah.. lalu mama berkata :

" man dah siap simpan kain baju ke...esk nk balik KL doh " tanya mama.
" mama da lupa ke yang man balik tak bawak baju pon " jawabku sambil tersenyum

kemudian aku ziarah ke kubur arwah abah sebelum ke KL



***

Keesokannya aku ke hentian bas TESCO KB untuk balik KL...

sampai je ke hentian bas aku mencari bas perdana trip KB 1..



alamak!! bas dah sampai.. waktu tu aku terlewat ..

naik2 je bas driver cakap
" kelam-kabut nak gi mana?? Bas baru sampai je . tadi bas tukar tayar , tu yang lambat sikit sampai"

Laaaaa... ye ke.. fuh!!buat penat aku lari jew..haha

lepas pemeriksaan tiket, aku pon mencari seat aku...

tetiba.....

aku tengok ada seseorang yang duduk di belakang seat aku

"eh, mcm kenal je perempuan ni tp siapakah??"

aku tengok dye then dia senyum sambil buat muka comel

comel la kot..

aku tengok dye sebab aku suka tengok orang pakai tudung macam tu

cun je..haha..nampak keayuan disitu

(sory ye sbb tgk anda lama2 time tu..hehe)

sampai je KL , sempat je aku senyum kat dye sebelum turun

haha..nakal giler aku..hoho

***

Malam itu aku on9 Fb..

sambil scroll ke bawah

"laa.. dye ni ke tadi..erm..patut la mcm kenal jor"

terus aku hantar chat

dan

kami masih berhubung hingga sekarang

Ikhlas aku cakap, 
aku rasa senang bila bercakap dengan dia

rasa macam dah lama kenal padahal baru je 2 bulan kenal

siap keluar sama2 lagi..haha

tapi

kalau dye kenal aku sebelum naik bas tu

mesti dia akan pelik

"orang kuat mahligai naik perdana??"
(soalan ni ditujukan kepada aku setiap kali aku beli tiket bas)

***

Allah meredhai dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah..

bahkan nabi s.a.w bersabda, 
"tidak sempurna iman seseorang itu selagimana dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri."



Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 

Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan? 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


awak yang saya ambil berat, awak yang sentiasa ada saat suka dan duka, awak yang telah berkorban untuk saya. terima kasih. terima kasih. :')

"riangnya saat kita ketawa, asyik senda dan bercerita.walau sesekali pandangan kita berbeza, angannya tetap serupa..ada kalanya kita juga saling terluka, namun diakhirnya kita tetap bersama..<3"


semoga ukhwah kita kekal selamanya ..InsyaAllah :)

Monday, 26 August 2013

a man , ye lelaki itu

td aku baca tentang diri seorang lelaki!!
lets explore :D
"Maksud : "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".                                                   (An-A'raf : 63)
"Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka"  (HR.Ibnu Majah)"
orang cakap
sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempersona
aku cakap
erm..ye la kot .. cam betol ja :D

*sekadar hiasan

orang cakap
lelaki benci dikhianati??
aku cakap 
yang ni aku sokong..walaupon luaran lelaki ni nampak je ego, keras dan kuat kononnya lah tp sebenarnya lelaki ni makhluk yang lemah juga..

orang cakap
Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua seorang wanita, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan wanita itu!!
aku cakap
setuju :) tp manusia ni xleh nk paksa-paksa..hee

orang cakap
lelaki juga menangis???
aku cakap
ea.. betollah tu..semua bayi, laki atau pompuan , semua nangis kan.. kadang2 aku nangis jgak time aku sakit sorang-sorang..papepon, kuatkan semangat ye lelaki.. hee






 orang cakap 
Lelaki sangat menyayangi ibunya!!
aku cakap
ye la..dari kecik sampai besar aku dijaga oleh mak aku.. papepon, utamakan ibu ye semua!!

berbaktilahh kepada ibu bapa selagi hayat mereka masih ada

orang cakap
lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat sekaligus kekasih baginya..
aku cakap
erm.. no komen ^^

orang cakap
lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia..mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik..
aku cakap
eh2..aku boleh je..tp kantoi jgak la last2..haha

orang cakap
lelaki adalah juri yang adil dan baik..
aku cakap
a'ah.. lelaki kan ada 9/10 akal berbanding wanita..



orang cakap
selepas seorang lelaki ni jatuh cinta, then dye tertanya-tanya 'nape la aku tak jumpa pompuan ni awai2..kan senang bleh kawin awai??'
aku cakap
kalau aku jatuh cinta awai..aku pon tertanya " nape la jumpa awai sgt ni.. degree pon x habis lg nie.." haha


orang cakap
lelaki ni ade teman baik dan teman baik dia tu je la yang tahu apa yang dilaluinya
aku cakap
giler ah..ape punya statement la..xkan pakcik driver bas tu yang tahu.. ^____________^

*winkwink , bas perdana la*


kadang-kadang lelaki ni,
bila dia cuba menahan airmatanya,
pastu, tetiba ada orang sudi mendengarnya,
percayalah, airmatanya terus mengalir :')

They cry, not because they're weak,
it's because they've been strong for too long 

sebab itulah,
di sebalik kekuatan ada kelembutan,
dan tersemat keikhlasan sebuah ketabahan
That's we call LELAKI
(i'm a man too)



pendek kata : aku pon tak paham kenapa aku terpost entry ni *_*

Friday, 23 August 2013

Ape Itu Acute Coronary Syndrome??

ehem ehem..

Assalamualaikum ..
korang tahu atau pernah ambil tahu tak pasal " ACUTE CORONARY SYNDROME " ??
haaa ..ni saya nak bagitahu walaupon saya sendiri pon tak tahu.. hee

Untuk pengetahuan , saya tahu pasal ni pon sebab dalam sijil kematian arwah abah, tertulis Acutecoronarysyndrome pada sebab2 kematian..so, saya pon cuba untuk memahami ape itu acutecoronary nie...

Ok.. lets begin :

What is acute coronary syndrome?
Acute coronary syndrome happens when the heart is not getting enough blood. It is an emergency. It includes unstable angina and heart attack.

The coronary arteries supply oxygen-rich blood to the heart muscle. If these arteries are narrowed or blocked, the heart does not get enough oxygen. This can cause angina or a heart attack.


  • Unstable angina is chest pain or discomfort from lack of blood flow, but there is no damage to the heart muscle. It often happens when you are at rest. You may have had stable angina before. You knew when to expect your symptoms, such as when you exercised. Stable angina usually goes away when you rest or take your angina medicine. But the symptoms of unstable angina may not go away with rest or medicine. It may get worse or happen at times that it didn't before. Unstable angina is not a heart attack. But it is a warning that a heart attack could happen soon, so it needs to be treated right away.
  • A heart attack means a coronary artery has been blocked and the heart has been damaged. Without blood flow and oxygen, part of the heart starts to die.


Any type of acute coronary syndrome is very serious and needs to be treated right away.

What causes acute coronary syndrome?
Acute coronary syndrome happens because plaque narrows or blocks the arteries that supply blood to the heart. Plaque is made of cholesterol and other things. Over time, plaque can build up in the arteries. This is known as coronary artery disease.

Plaque causes angina by narrowing the arteries. A heart attack happens when a piece of plaque breaks open and a clot forms, blocking an artery.

What are the symptoms?
Call emergency services immediately if you have symptoms of acute coronary syndrome. These may include:
  • Chest pain or pressure, or a strange feeling in the chest.
  • Sweating.
  • Shortness of breath.
  • Nausea or vomiting.
  • Pain, pressure, or a strange feeling in the back, neck, jaw, or upper belly, or in one or both shoulders or arms.
  • Lightheadedness or sudden weakness.
  • A fast or irregular heartbeat.
After you call 911, the operator may tell you to chew 1 adult-strength or 2 to 4 low-dose aspirin. Wait for an ambulance. Do not try to drive yourself.

How is acute coronary syndrome diagnosed?
A doctor will give you a physical exam and ask about your symptoms and past health. He or she also will ask about your family's health. You will have several tests to find out what is causing your chest pain.

An electrocardiogram can show whether you have angina or have had a heart attack. This test measures the electrical signals that control your heart's rhythm. Small pads will be taped to your chest and other areas of your body. They connect to a machine that traces the signals onto paper. The doctor will look for certain changes on the graph to see if your heart is not getting enough blood or you are having a heart attack.


***THE END***
Selamat Membaca .. X faham pi google Translate ye.. heee

Dugaan Itu Mematangkan Diri Kita




 "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. " 
[Terjemahan ; al-Ankabut: 2-3]

Allah sayangkan kita.. Usah dikesalkan perkara lalu.. Adakalanya berkata tanpa mengemukakan contoh kurang berkesan. Baiklah, ini contoh-contohnya..

Kita jatuh cinta pada kaum yang berlainan jantina; ini ujian.. Pilihan ada di tangan kita sama ada melayan perasaan itu dan terjatuh ke dalamnya ataupun memilih untuk men'soleh'kan diri sebelum memperolehi cinta yang halal..

Kita jatuh sakit; ini ujian.. Sudah lama kita terleka dengan kesihatan yang baik sehingga kita terlupa nikmatnya sakit.. Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.. :)

Kita kehilangan wang; ini ujian.. Pilihannya; terus bersedih dan menyalahkan diri sendiri atau redha dan menjadikannya ikhtibar..


"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya."
[Terjemahan ; Al-Baqarah: 286]

Salah satu adegan dalam filem/drama..

L: Abang terpaksa tinggalkan sayang. Abang tak nak jadi anak derhaka. Hujung tahun nie Abang nak dinikahkan dengan seorang gadis pilihan mak dan ayah.
P: Abang jangan la buat macam nie, saya tak boleh hidup tanpa abang!
L: Abang terpaksa.. uhuk2..

Tak boleh hidup?? Astaghfirullah Al-Azim.. Habis tue selama nie; erk, maksud saya sebelum kenal lelaki tue, camne awak hidup? Haiz.. Jangan terlalu bermain dengan kata-kata, buruk padahnya..

Allah tak akan menguji diluar kemampuan kita... Ye, pada awalnya kita merasa amat lemah tetapi setelah mula TERSEDAR dari mimpi yang panjang, dengan izin Allah SWT, kita menjadi kuat..

"Usah fikirkan apa yang akan berlaku pada hari esok sahaja, fikirkan masa depan anda.. Mungkin sesuatu itu baik bagi anda tetapi belum tiba masanya untuk memilikinya. Bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu pasti..(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. "
[Terjemahan ; An-nur: 26]

See.. Nak isteri yang solehah, kenalah jadi suami yang soleh.. Nak dapat isteri yang setia, janganlah cari wanita yang suka sangat layan lelaki tanpa urusan, erk, encik pun kena jaga pergaulan juga, jangan layan perempuan tanpa urusan..

Erk, macam dah salah topik ni..hee

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Terjemahan ; An-nur:31]

Sekian , Wasalam :)

Hijab Makes You Beautiful

Assalamualaikum semua...
mesti ramai yang tahu dan pernah dengar lagu
"What Makes You Beautiful by One Direction" an..
so ni answer dia..
"HIJAB MAKES YOU BEAUTIFUL"
 hehehe..hayatilah ye :::

***
You're secure, i know what for

lower your heads when you walk through

the jostling thro-o-o-ongs

Don't need make-up - to cover up

Being the way u hijab that's eno-o-ough

Everyone else with imaan can see it Everyone else but you

oh girl you light up the world like nobody else

The way you hijab your hair gets no one overwhelmed

the way you smile at the ground,

 it ain't hard to tell You don't know Oh oh

You don't know you're beautiful!

If only you saw what I could see

 You'll understand why GOD wants you to care of it

Right now HE's looking at you and you have to believe

You don't know Oh oh You don't know you're beautiful! Oh oh

Hijab makes you beautiful!

so c-come on!! you got it wrong!

To prove I'm right I put it in a so-o-ong

I know why, you're being shy

And turn away when they look into your eye eye eyes

Everyone else with imaan can see it Everyone else but yo-ouuu

oh girl you light up the world like nobody else

The way you hijab your hair gets no one overwhelmed

the way you smile at the ground, it ain't hard to tell You don't know Oh oh

You don't know you're beautiful!

If only you saw what I can see

 You'll understand why GOD wants you to care of it

Right now HE's looking at you and you have to believe

you don't know Oh oh

You don't know you're beautiful! Oh oh

Hijab makes you beautiful!

Na na na na na na naaaa na na, Na na na na na na.

Na na na na na na naaaa na na, Na na na na na na

.oh girl you light up the world like nobody else

The way you hijab your hair gets no one overwhelmed

But when you smile at the ground,

 it ain't hard to tell You don't know Oh oh

You don't know you're beautiful!

oh girl you light up the world like nobody else

The way you hijab your hair gets no one overwhelmed

But when you smile at the ground,

it ain't hard to tell You don't know No Oh oh 

You don't know you're beautiful!

If only you saw what I can see

You'll understand why GOD wants you to care of it

Right now HE's looking at you and you have to believe

You don't know No Oh oh

You don't know you're beautiful! No Oh oh 

You don't know you're beautiful! No Oh oh 

Hijab makes you beautiful!


Thursday, 22 August 2013

AL-FATIHAH BUAT ABAH

Mungkin kisah ini agak membosankan tp aku tidak akan lupa akan peristiwa ini

30 April 2013
Pada pagi itu, aku bangun awal setelah dikejutkan oleh abah yang meminta aku menemaninya ke Kota Bharu untuk menyelesaikan urusannya. Tetapi aku menolak sebab aku dah berjanji dengan kawanku untuk pergi ke shopping complex.. Pada tengah hari itu, mama call aku memberitahu yang mama dengan abah akan ke kuala krai untuk mengambil adik yang bersekolah di sana. ***Selang beberapa minit kemudian, mama call balik "man gi ambik la adik di kuala krai..abah eksident ni kat "Jalan Telipot".. dengan segera aku call abah dan abah cakap dia sakit kepala dan cuma terlanggar kete orang .. Dalam keadaan letih dan penuh penyesalan sebab tak ikot abah pagi tu, aku ke kuala krai dan abah pulang kerumah dengan kereta dipandu oleh mama..Pada petang yang sama, waktu aku di kuala krai, mama call cakap abah pitam dan jatuh tangga dekat rumah, dengan segera aku pulang ke pasir mas. (laju giler aku drive).. sesampai aku dirumah, aku lihat abah masih duduk ditangga dengan hidung masih berdarah.. tapi abah degil tak nak ke hospital. dari jam 3 smpai maghrib abah duk kat tangga luar rumah sblum kami usung abah keatas rumah.. abah makan ubat dan terus berehat,,

2 May 2013
Setelah berehat sehari, alhamdulillah abah kembali sihat dan boleh berjalan mcm biasa dan pada hari tu jugak abah ajak aku ke Kg.Pendek di KB untuk kerumah kawan dia.. kali ni aq ikot abah sebab tak nak perkara buruk berlaku lagi..kemudian kami ke kubang kerian atas urusan kerja.. pada waktu tgh hari itu, abah ajak makan tengah hari..waktu tu aku tengok abah cukup berselera makan .. siap tambah lagi tu..hehehe.. lepas tu kami pon pulang ..perjalanan dri Pasir Mas ke Kota Bharu ni dekat je ..maybe lah.. sebab hari2 mama ulang alik kerja..

4 May 2013
Setelah 2 hari sihat, abah kembali sakit..kali ni makin teruk dengan bengkak di betis semakin besar.. tp abah tak nak pergi hospital sebab takut orang sibuk mengundi (5 May 2013 kan hari PRU 13).. abah sebenarnya ade GOUT atau klik sini .. abah ada gout dah lama dah.. dan banyak usaha kami ikhtiar tapi tiada yang berkesan..

5 May 2013
Hari ini merupakan hari PRU 13 ..abah tak pergi mengundi sebab tak leh nak berjalan..

6 May 2013
Di pagi hari..abah rilek2 diatas kerusinya..semua ok pagi tu. pada malam hari tu abah tak dapat lelapkan mata dan abah kejutkan aku jam 11.50 mlm tuk hantar dia ke hospital..dan aku pon, dengan segera bersiap untuk ke hospital.. Di, hospital, abah tak mampu nak berjalan dan aku pon gunakan kemudahan yang disediakan iaitu kerusi roda untuk memudahkan pergerakan abah.. *** selepas siap pemeriksaan doktor, aku membawa abah keluar dan aku masuk semula ke bilik doktor tu dan doktor itu memberitahu yang abah menghidap ulcers kaki..dan doktor bagi ubat ..banyak la jgak ubat yang dibawa pulang tu..

7 May 2013
Pada pagi itu .. mama kejutkan aq untuk hantarnya ke pejabat.. tp pg tu abah nk ikot sekali.. aq nasihatkan abah supaya rehat kat rumah tp abah tetap berkeras nak ke KB jgak..*** pada hari tu, abah suruh aku bawa dia jumpa kawan2 dia.. lepas sorang..sorang kami jumpa.. dan last di kg.pendek..setelah itu kami pon pulang dan aku membeli makanan untuk kami makan  tengah hari itu..setelah sampai dirumah, abah tetiba menjadi lelah dan selepas naik atas rumah tu abah cakap nak tido je dan abah tak makan pon nasi yang aku beli tu..hukhuk..pada petang tu , aku ke KB lgi untuk menjemput mama pulang.. setelah smpai di rumah.. aku dan mama tengok abah duduk diatas kerusinya dalam keadaan lemah.. *** ptg tu jgak aku tanya mama ade tak lubang dlam bilik tu untuk memudahkan abah nk mandi atau buang air..nk gi bilik air jauh sgt (maklumlah rumah kampung) ..dan mama ckp ade lubang tuk memandikan jenazah.. Aku pon alihkan semua almari dalam bilik tu  dan membuka papan tmpat mandikan jenazah tu..waktu tu aku tengok wajah abah sayu je ..diam tak terkata melihat anaknya membuka papan tu..selepas selesai sume, aku bawa abah masuk bilik.. dan waktu itu aku menangis tengok abah tak duk diam..sekejap tido, sekejap bangun.. dan abah meminta aku bawa dia ke hospital.. dengan bantuan jiran yang panggilkan ambulans, abah dibawa ke Hospital Pasir Mas.. abah dimasukan ke wad kecemasan dengan diberi oksigen pernafasan.. di hospital aku tengok abah tenang sedikit.. pada waktu tu abah pesan kepada " aku supaya selesaikan semua kerja dia dan jaga mama baik2 dan abah memohon maaf dan abah da maafkan semua " ..waktu tu hanya airmata je membasahi pipiku..aku speechless..kemudian doktor memberitahu abah ada sakit jantung.. "hah?? selama ini kami tak tahu pon" dan doktor cakap abah perlu dibawa ke Hospital Kota Bharu tp aku meminta sedikit waktu sebab aku nak abah berehat dulu...aku keluar dari wad tu dan terus call mama sambil nangis menceritakan smuanya.. tepat jam 11.50 aku masuk ke wad semula dan melihat abah yang sedang mencari mama..aku membimbing abah mengucap dan abah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 11.55 mlm..  sebelum di post mortem.. aku cepat2 jumpa doktor untuk membawa abah pulang..(orang cakap post mortem ni menyiksakan jenazah) .. setelah sampai dirumah , aku terkejut melihat ramai orang kat rumah..waktu tu jam 2 pagi.. dan abah dikebumikan pada keesokkannya selepas zohor..*pada hari pengebumian abah, macam2 aku belajar tentang pengurusan jenazah dan tanggungjawabku sebagai seorang anak kepada seorang ayah telah selesai sempurna*** Al-fatihah untuk abah..***

16 Ogos 2013
pada tarikh ini genaplah 100 hari arwah abah pergi..rasanya baru sangat melihat arwah abah yang menahan sakit dada di atas katil sambil cuba berkata-kata dengan aku.. Masih aku ingat kata-kata terakhir aku pada arwah abah.. 'Abah rehatlah dulu' dan akhirnya abah telah rehat buat selama-lamanya..

banyak rasa yang aku simpan sehingga ke hari ini.. setiap kali terkenangkan abah.. aku pasti rasa sebak.. mereka yang pernah rasa kehilangan pasti akan tahu bagaimana rasanya diri seperti kosong sebahagiannya.. walaupun hidup harus diteruskan.. namun sekali sekala kita pasti akan berhenti untuk menoleh ke belakang.. pasti juga sekali sekala kita ingin berpatah balik dan cuba untuk mengubah atau menyelesaikan apa yang telah ditinggalkan.. namun.. masa tetap akan berlalu.. walau sebagaimana pun kuat dan tinggi kehendak kita untuk kembali ke masa itu.. kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah ditentukan..

Sebenarnya aku sudah kehilangan bicara untuk menyampaikan rasa hati.. bukan sebab aku sedih sangat.. tapi merasakan kehilangan itu telah aku redha.. telah aku tangisi.. telah aku simpan dalam-dalam.. lompongan dalam hati pasti akan kekal di situ.. kosong dalam diri akan terus berbekas di situ.. impian yang pernah aku rancang untuk aku buat untuk abah juga tinggal sebagai angan-angan.. Namun yang masih aku ada adalah segala kenangan.. kenangan yang indah buat kami sekeluarga.. pahit atau manisnya.. telah kami lalui bersama..

22 Ogos 2013
Dah nak masuk 3 bulan abah xde, tapi kadang-kadang rasa macam biasa..sbb aku duk KL sedangkan abah duk di kelantan..Tapi, kalau time abah ada dulu..bila datang je rindu nak bercakap2, call je abah..setiap kali abah datng KL..abah x lupa jenguk aku kat UTM ni..sekarang sudah berbeza, bila rindu kat abah xboleh dah nak capai phone untuk cakap ngan abah. sebab memang xdapat dah. sampai satu tahap rindu membuak2 tak tertahan. memang dah lumrah kalau orang yang dengar, yang baca ni mesti cakap banyakkan doa, banyakkan baca alfatihah sedekah kat abah. bukan aku x buat, setiap kali lepas solat mmg doa untuk family, doa untuk kawan xpernah putus.sekarang bila abah dah xde,, macam dah hilang tempat bergantung. kehilangan abah yang amat besar. bila pergi mana2, buat apa2 mesti akan teringat kat abah. "kalau abah ade mesti cmni-cmtu". tp apakan daya Yang pergi tak akan kembali, yang hidup masih lagi perlu berjuang.

Doaku tak pernah putus, semoga arwah abah tenang di sana.
Doaku arwah abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,
Doaku arwah dijauhkan dari seksaan kubur.