leka mengedit blog baru ni yang kini berwajah baru :D
kali ni aku nak cite pasal sebuah pertemuan
erm..sebuah pertemuan..pertemuan apakah??
Cahaya Perhiasan seindah namanya,
sungguh indah pertemuan ini ye..
Doa adalah satu ibadat, sesungguhnya Allah s.w.t murka kepada sesiapa yang tidak berdoa kepadanya
Doa adalah senjata umat Islam
usai solat asar aku duduk sekejap merenung perjalanan hidup lalu aku menadah tangan memohon doa:
"YA ALLAH , berikanlah aku ketabahan dalam menghadapi hidup ini, Engkau berikanlah rezeki yang baik kepada keluargaku dan Engkau temukanlah aku dengan orang yang benar dan jauhkanlah aku dari orang yang salah" amiiin
kemudian aku lepak-lepak di tangga rumah sambil membelek-belek tiket bas yang akan aku naik pada keesokkan pagi...
" beratnya hati nak tinggal rumah..tp tak pergi nanti , rugi kelas "
sambil memandang mama yang sedang melipat kain yang bertimbun setelah sekian lama dibiarkan kerana sibuk dengan tahlil 40 hari arwah abah.. lalu mama berkata :
" man dah siap simpan kain baju ke...esk nk balik KL doh " tanya mama.
" mama da lupa ke yang man balik tak bawak baju pon " jawabku sambil tersenyum
kemudian aku ziarah ke kubur arwah abah sebelum ke KL
***
Keesokannya aku ke hentian bas TESCO KB untuk balik KL...
sampai je ke hentian bas aku mencari bas perdana trip KB 1..
alamak!! bas dah sampai.. waktu tu aku terlewat ..
naik2 je bas driver cakap
" kelam-kabut nak gi mana?? Bas baru sampai je . tadi bas tukar tayar , tu yang lambat sikit sampai"
Laaaaa... ye ke.. fuh!!buat penat aku lari jew..haha
lepas pemeriksaan tiket, aku pon mencari seat aku...
tetiba.....
aku tengok ada seseorang yang duduk di belakang seat aku
"eh, mcm kenal je perempuan ni tp siapakah??"
aku tengok dye then dia senyum sambil buat muka comel
comel la kot..
aku tengok dye sebab aku suka tengok orang pakai tudung macam tu
cun je..haha..nampak keayuan disitu
(sory ye sbb tgk anda lama2 time tu..hehe)
sampai je KL , sempat je aku senyum kat dye sebelum turun
haha..nakal giler aku..hoho
***
Malam itu aku on9 Fb..
sambil scroll ke bawah
"laa.. dye ni ke tadi..erm..patut la mcm kenal jor"
terus aku hantar chat
dan
kami masih berhubung hingga sekarang
Ikhlas aku cakap,
aku rasa senang bila bercakap dengan dia
rasa macam dah lama kenal padahal baru je 2 bulan kenal
siap keluar sama2 lagi..haha
tapi
kalau dye kenal aku sebelum naik bas tu
mesti dia akan pelik
"orang kuat mahligai naik perdana??"
(soalan ni ditujukan kepada aku setiap kali aku beli tiket bas)
***
Allah meredhai dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah..
bahkan nabi s.a.w bersabda,
"tidak sempurna iman seseorang itu selagimana dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri."
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
awak yang saya ambil berat, awak yang sentiasa ada saat suka dan duka, awak yang telah berkorban untuk saya. terima kasih. terima kasih. :')
"riangnya saat kita ketawa, asyik senda dan bercerita.walau sesekali pandangan kita berbeza, angannya tetap serupa..ada kalanya kita juga saling terluka, namun diakhirnya kita tetap bersama..<3"
semoga ukhwah kita kekal selamanya ..InsyaAllah :)

.jpg)


No comments:
Post a Comment