30 April 2013
Pada pagi itu, aku bangun awal setelah dikejutkan oleh abah yang meminta aku menemaninya ke Kota Bharu untuk menyelesaikan urusannya. Tetapi aku menolak sebab aku dah berjanji dengan kawanku untuk pergi ke shopping complex.. Pada tengah hari itu, mama call aku memberitahu yang mama dengan abah akan ke kuala krai untuk mengambil adik yang bersekolah di sana. ***Selang beberapa minit kemudian, mama call balik "man gi ambik la adik di kuala krai..abah eksident ni kat "Jalan Telipot".. dengan segera aku call abah dan abah cakap dia sakit kepala dan cuma terlanggar kete orang .. Dalam keadaan letih dan penuh penyesalan sebab tak ikot abah pagi tu, aku ke kuala krai dan abah pulang kerumah dengan kereta dipandu oleh mama..Pada petang yang sama, waktu aku di kuala krai, mama call cakap abah pitam dan jatuh tangga dekat rumah, dengan segera aku pulang ke pasir mas. (laju giler aku drive).. sesampai aku dirumah, aku lihat abah masih duduk ditangga dengan hidung masih berdarah.. tapi abah degil tak nak ke hospital. dari jam 3 smpai maghrib abah duk kat tangga luar rumah sblum kami usung abah keatas rumah.. abah makan ubat dan terus berehat,,
2 May 2013
Setelah berehat sehari, alhamdulillah abah kembali sihat dan boleh berjalan mcm biasa dan pada hari tu jugak abah ajak aku ke Kg.Pendek di KB untuk kerumah kawan dia.. kali ni aq ikot abah sebab tak nak perkara buruk berlaku lagi..kemudian kami ke kubang kerian atas urusan kerja.. pada waktu tgh hari itu, abah ajak makan tengah hari..waktu tu aku tengok abah cukup berselera makan .. siap tambah lagi tu..hehehe.. lepas tu kami pon pulang ..perjalanan dri Pasir Mas ke Kota Bharu ni dekat je ..maybe lah.. sebab hari2 mama ulang alik kerja..
4 May 2013
Setelah 2 hari sihat, abah kembali sakit..kali ni makin teruk dengan bengkak di betis semakin besar.. tp abah tak nak pergi hospital sebab takut orang sibuk mengundi (5 May 2013 kan hari PRU 13).. abah sebenarnya ade GOUT atau klik sini .. abah ada gout dah lama dah.. dan banyak usaha kami ikhtiar tapi tiada yang berkesan..
5 May 2013
Hari ini merupakan hari PRU 13 ..abah tak pergi mengundi sebab tak leh nak berjalan..
6 May 2013
Di pagi hari..abah rilek2 diatas kerusinya..semua ok pagi tu. pada malam hari tu abah tak dapat lelapkan mata dan abah kejutkan aku jam 11.50 mlm tuk hantar dia ke hospital..dan aku pon, dengan segera bersiap untuk ke hospital.. Di, hospital, abah tak mampu nak berjalan dan aku pon gunakan kemudahan yang disediakan iaitu kerusi roda untuk memudahkan pergerakan abah.. *** selepas siap pemeriksaan doktor, aku membawa abah keluar dan aku masuk semula ke bilik doktor tu dan doktor itu memberitahu yang abah menghidap ulcers kaki..dan doktor bagi ubat ..banyak la jgak ubat yang dibawa pulang tu..
7 May 2013
Pada pagi itu .. mama kejutkan aq untuk hantarnya ke pejabat.. tp pg tu abah nk ikot sekali.. aq nasihatkan abah supaya rehat kat rumah tp abah tetap berkeras nak ke KB jgak..*** pada hari tu, abah suruh aku bawa dia jumpa kawan2 dia.. lepas sorang..sorang kami jumpa.. dan last di kg.pendek..setelah itu kami pon pulang dan aku membeli makanan untuk kami makan tengah hari itu..setelah sampai dirumah, abah tetiba menjadi lelah dan selepas naik atas rumah tu abah cakap nak tido je dan abah tak makan pon nasi yang aku beli tu..hukhuk..pada petang tu , aku ke KB lgi untuk menjemput mama pulang.. setelah smpai di rumah.. aku dan mama tengok abah duduk diatas kerusinya dalam keadaan lemah.. *** ptg tu jgak aku tanya mama ade tak lubang dlam bilik tu untuk memudahkan abah nk mandi atau buang air..nk gi bilik air jauh sgt (maklumlah rumah kampung) ..dan mama ckp ade lubang tuk memandikan jenazah.. Aku pon alihkan semua almari dalam bilik tu dan membuka papan tmpat mandikan jenazah tu..waktu tu aku tengok wajah abah sayu je ..diam tak terkata melihat anaknya membuka papan tu..selepas selesai sume, aku bawa abah masuk bilik.. dan waktu itu aku menangis tengok abah tak duk diam..sekejap tido, sekejap bangun.. dan abah meminta aku bawa dia ke hospital.. dengan bantuan jiran yang panggilkan ambulans, abah dibawa ke Hospital Pasir Mas.. abah dimasukan ke wad kecemasan dengan diberi oksigen pernafasan.. di hospital aku tengok abah tenang sedikit.. pada waktu tu abah pesan kepada " aku supaya selesaikan semua kerja dia dan jaga mama baik2 dan abah memohon maaf dan abah da maafkan semua " ..waktu tu hanya airmata je membasahi pipiku..aku speechless..kemudian doktor memberitahu abah ada sakit jantung.. "hah?? selama ini kami tak tahu pon" dan doktor cakap abah perlu dibawa ke Hospital Kota Bharu tp aku meminta sedikit waktu sebab aku nak abah berehat dulu...aku keluar dari wad tu dan terus call mama sambil nangis menceritakan smuanya.. tepat jam 11.50 aku masuk ke wad semula dan melihat abah yang sedang mencari mama..aku membimbing abah mengucap dan abah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 11.55 mlm.. sebelum di post mortem.. aku cepat2 jumpa doktor untuk membawa abah pulang..(orang cakap post mortem ni menyiksakan jenazah) .. setelah sampai dirumah , aku terkejut melihat ramai orang kat rumah..waktu tu jam 2 pagi.. dan abah dikebumikan pada keesokkannya selepas zohor..*pada hari pengebumian abah, macam2 aku belajar tentang pengurusan jenazah dan tanggungjawabku sebagai seorang anak kepada seorang ayah telah selesai sempurna*** Al-fatihah untuk abah..***
16 Ogos 2013
pada tarikh ini genaplah 100 hari arwah abah pergi..rasanya baru sangat melihat arwah abah yang menahan sakit dada di atas katil sambil cuba berkata-kata dengan aku.. Masih aku ingat kata-kata terakhir aku pada arwah abah.. 'Abah rehatlah dulu' dan akhirnya abah telah rehat buat selama-lamanya..
banyak rasa yang aku simpan sehingga ke hari ini.. setiap kali terkenangkan abah.. aku pasti rasa sebak.. mereka yang pernah rasa kehilangan pasti akan tahu bagaimana rasanya diri seperti kosong sebahagiannya.. walaupun hidup harus diteruskan.. namun sekali sekala kita pasti akan berhenti untuk menoleh ke belakang.. pasti juga sekali sekala kita ingin berpatah balik dan cuba untuk mengubah atau menyelesaikan apa yang telah ditinggalkan.. namun.. masa tetap akan berlalu.. walau sebagaimana pun kuat dan tinggi kehendak kita untuk kembali ke masa itu.. kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah ditentukan..
Sebenarnya aku sudah kehilangan bicara untuk menyampaikan rasa hati.. bukan sebab aku sedih sangat.. tapi merasakan kehilangan itu telah aku redha.. telah aku tangisi.. telah aku simpan dalam-dalam.. lompongan dalam hati pasti akan kekal di situ.. kosong dalam diri akan terus berbekas di situ.. impian yang pernah aku rancang untuk aku buat untuk abah juga tinggal sebagai angan-angan.. Namun yang masih aku ada adalah segala kenangan.. kenangan yang indah buat kami sekeluarga.. pahit atau manisnya.. telah kami lalui bersama..
22 Ogos 2013
Dah nak masuk 3 bulan abah xde, tapi kadang-kadang rasa macam biasa..sbb aku duk KL sedangkan abah duk di kelantan..Tapi, kalau time abah ada dulu..bila datang je rindu nak bercakap2, call je abah..setiap kali abah datng KL..abah x lupa jenguk aku kat UTM ni..sekarang sudah berbeza, bila rindu kat abah xboleh dah nak capai phone untuk cakap ngan abah. sebab memang xdapat dah. sampai satu tahap rindu membuak2 tak tertahan. memang dah lumrah kalau orang yang dengar, yang baca ni mesti cakap banyakkan doa, banyakkan baca alfatihah sedekah kat abah. bukan aku x buat, setiap kali lepas solat mmg doa untuk family, doa untuk kawan xpernah putus.sekarang bila abah dah xde,, macam dah hilang tempat bergantung. kehilangan abah yang amat besar. bila pergi mana2, buat apa2 mesti akan teringat kat abah. "kalau abah ade mesti cmni-cmtu". tp apakan daya Yang pergi tak akan kembali, yang hidup masih lagi perlu berjuang.
Doaku tak pernah putus, semoga arwah abah tenang di sana.
Doaku arwah abah di tempatkan di kalangan orang yang beriman,
Doaku arwah dijauhkan dari seksaan kubur.

No comments:
Post a Comment